Monday, 9 December 2013

TEKNOLOGI MUTIMEDIA MENERUSI TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN

Teknologi internet adalah merupakan gabungan antara teknologi komputer dan komunikasi. Teknologi ini berkembang dengan pesat dan memberikan  kesan yang amat besar dalam sistem pendidikan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Kemudahan yang disediakan khususnya laman web, mel elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama.
Teknologi multimedia menerusi laman web dan penciptaan blog sendiri adalah yang paling hangat serta mendapat perhatian ramai. Kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga semakin maju dan berubah setelah adanya medium teknologi multimedia ini di sekolah. Di setiap sekolah mempunyai makmal komputer sendiri yang membolehkan pelajar menggunakan bahan yang disediakan seperti komputer, LCD dan sebagainya dalam prose pembelajaran dan memudahkan pelajar mengakses internet. Sehubungan dengan itu, penggunaan media juga dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh media ialah CD-ROM, cakera padat, VCD, mikrofon, komputer, papan putih, nota dan sebagainya.

Kajian mendapati bahawa media pengajaran ini berfaedah kerana dapat meningkatkan kefahaman serta kemahiran pelajar setelah input diperolehi. Pelajar akan cepat memahami akan maklmumat yang ingin disampaikan oleh guru melalui medium media pengajaran. Bentuk dan kaedah yang digunakan adalah menarik serta mudah difahami telah memudahkan guru menyampaikan maklumat dan pelajar akan mudah menerima serta memahami maklumat yang ingin disampaikan. 
Pembelajaran melalui teknologi multimedia mempunyai banyak kelebihannaya. Antara seperti :

  • pelajar boleh mencapai capaian bahan maklumat walau di mana jua mereka berada
  • bahan sumber maklumat boleh diperolehi daripada sumber tambahan di seluruh dunia
  • pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi lebih mudah dan cepat
  • pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik
Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat menghasilkan perubahan dan proses pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar dapat memperohi pengetahuan dan kemahiran. Sehubungan dengan itu, pelajar akan memperolehi pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. 

Terdapat pelbagai faktor perlunya teknologi multimedia diwujudkan bersama-sama internet. Antaranya ialah :

a) meningkatkan minat para pelajar dalam mencari bahan serta maklumat yang menyeronokkan dan menghiburkan. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P dapat menarik minat pelajar agar tidak bosan dan dapat memberikan perhatian sepenuhnya ketika proses P&P berlangsung. 

b) mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi yang digunakan dengan mudah dapat menjimatkan masa. pelajar dapat menggunakan medium ini untuk mempersembahkan proses ujikaji yang dapat digunakan dalam pendidikan. 

c) meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan. Penggunaan media yang menarik membolehkan seseorang pelajar memahami sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan seterusnya dapat menyimpan informasi yang diterima dalam ingatan jangka panjang. Persembahan melalui video grafik, animasi, power point dapat meningkatkan daya ingatan seseorang terutama pelajar.

Oleh itu, medium multimedia ini adalah terbaik dalam proses pendidikan untuk menyampaikan maklumat. Guru perlu lebih arif dalam penggunaan bahan-bahan yang disediakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar serta minat mereka tentang teknologi maklumat.

6 comments:

  1. Teknologi internet benar-benar membantu pelajar dan pendidik dalam pendidikan. Silibus-silibus pembelajaran lebih mudah dikongsi dan diakses antara pelajar dan pendidik untuk membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir di luar atau di dalam kawasan sekolah atau institusi pendidikan.

    (Nurul `Izzati Hidayah Binti Khairun Fahmy, A137272)

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan faktor-faktor yang ketengahkan terutamanya bahawa teknologi multimedia internet boleh meningkatkan minat pelajar dalam belajar. Pelajar akan mempunyai perasan ingin tahu yang lebih dan multimedia yang menarik akan dapat mengelak daripada kebosanan. Dengan ini, pelajar akan lebih bersemangat untuk menimba ilmu.

    (ALIAH NORDIN A137607)

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju dengan pendapat saudari dalam isu ini. Teknologi banyak membantu terutamanya dalam bidang pendidikan sama ada pada pelajar mahupun pada para pendidik. Dengan adanya kemudahan untuk memperoleh maklumat dengan hanya dihujung jari, akan memudahkan segala urusan dalam mencapai apa yang dikehendaki dengan mudah dan juga pantas.

    (ERNIE SYAZWEEN BINTI JUNAIDI A137589)

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan langkah peggunaan multimedia dan internet dalam pembelajaran kerana pada masa kini, medium tersebut merupakan medium yang paling mudah dan senang diakses. Tambahan pula, maklumat yang bakal diperoleh daripada medium ini adalah sangat luas dan tidak terbatas, maka para pelajar dapat memperoleh segala maklumat yang dikehendaki dengan hanya sentuhan di hujung jari.

    ReplyDelete
  5. Bagi saya, penggunaan multimedia sangat penting pada masa sekarang. Teknologi multimedia dapat meningkatkan minat pelajar dan sangat memudahkan pembelajaran.
    (WAN NUR ATHIRAH BINTI WAN MATSOR- A137443)

    ReplyDelete